Syafizan, Anhar dan Nasir bergambar kenangan di hadapan bangunan Zebco Europe |
Guntern Morgen.. atau selamat pagi, sapaan Cristian Nawrat Pengurus Pemasaran Zepco Europe kepada rombongan kami sebaik keluar dari ruang bagasi Lapangan Terbang Hamburg, Germany
Sesi perbincangan yang padat selama 3 hari |
Deretan peralatan pancing terbaru keluaran Zebco Europe |
Sepanjang 3 hari aktiviti padat dengan melihat pelbagai produk terbaru Zepco Europe antaranya Quantum, Black Cat, Browning dan Fin Nor.
Hari keempat, kenderaan kami meluncur laju melepasi 160km/j dari Tostedt, Hamburg ke sebuah bandar di
bahagian utara Germany. Neustadt adalah sebuah
pelabuhan yang terletak berhampiran sempadan antara Germany dan negara tetangganya
Sweden. Di sinilah penggembaraan kami bermula ia sebahagian daripada
perancangan kami dalam menguji keberkesanan peralatan pancing pelbagai jenama keluaran Zepco Europe.
Antara peralatan pancing yang bakal diuji |
Pelabuhan Neustadt adalah lapang sasar kami selepas 3 hari 'muntah' mengadap pelbagai barangan dan kelengkapan pancing di gudang yang terletak di Tostedt, Hamburg. Bersama kami
adalah Jocke Palmer, pemancing professional dari Sweden. Beliau juga adalah juara
pertandingan memancing Sweden Pole Fishing Tournament selama 4 tahun
berturut-turut.
Taklimat keselamatan sebelum berlepas |
Kejayaan itulah yang telah melayakkan beliau mewakili Sweden ke
Europe Pole Fishing Challenge juga untuk tempoh yang sama. Selain Jocke kami
turut disertai Cristian Nawrath dan Patrick pemancing professional
dari Germany.
Sebaik
melangkah ke jeti, mata kami tertumpu kepada deretan bot pancing berserta enjit
sangkut 6.5 kuasa kuda. Ianya kemas dan bersih. Satu permulaan yang positif
sebelum memulakan satu-satu trip pancing terutamanya pemancing seperti kami
yang jarang mendapat perkhidmatan first class bila memancing di tanahair. Bukan
mahu membuka pekung di dada tapi inilah realitinya apabila industri memancing
diangkat pada tahap yang sepatutnya dan paling penting ianya diiktiraf sebagai satu
industri yang memberi pulangan lumayan kepada negara. Kemudahan yang diperolehi
peminat sukan bermotor dan sebagainya turut dirasai pemancing-pemancing di
sini, kemudahan jeti, bot yang sempurna, tahap keselamatan diutamakan, sistem
komunikasi pada setiap bot pancing juga memperlihatkan kepada kami bagaimana
industri memancing di Germany mendapat sokongan baik dari pihak berwajib.
Antara kemudahan yang disediakan |
Setiap
penyewa bot pancing akan diberi taklimat ringkas tentang fungsi enjin dan
langkah keselamatan jika berlaku kebakaran ketika memancing. Peta dan lokasi
pancing serta lubuk-lubuk ikan turut disertakan sekali pada setiap bot pancing.
Ia adalah sebagian keperluan wajib yang perlu diadakan pengusaha-pengusaha bot
pancing komersial.
Sebarang kegagalan dalam mematuhi keselamatan, pengusaha boleh didenda malah lebih teruk lesen dan kemudahan bot mereka boleh
dirampas oleh pihak berkuasa tempatan.
Pemilihan lokasi dan spesis memudahkan pemancing |
Kami
tinggalkan soal kemudahan, sebaliknya menumpukan haluan bot membelah muara
menuju laut lepas lautan Baltic.
Di kiri kanan pelabuhan terdapat pemancing
tempatan mula memenuhi tebing menghunuskan joran menggunakan umpan soft
plastic. Sebenarnya ini bukanlah musim yang sesuai untuk memancing namun,
ketika kehadiran kami awan yang mendung sejak 3 minggu sebelumnya mula memberi
ruang kepada cahaya matahari menerobos celahan gumpalan awan dan membentuk satu
garisan cahaya yang mengasyikkan.
Kemudahan bot yang agak luas memudahkan pemancing |
Bagi mereka inilah masa yang sesuai untuk
memancing sambil bertemu dengan jiran tetangga selepas masing-masing terperap
panjang di rumah. Kami dimaklumkan jurupandu bot tentang musim ikan kod bakal
tiba dan mula memasuki muara antara sebab mengapa mereka teruja keluar
memancing.
Jocke Palmer |
Ikan kod adalah spesis bernilai tinggi malah isinya mengandungi
tahap lemak yang sesuai bagi mereka mengharungi musim sejuk berpanjangan.
Kami tumpang gembira apabila beliau berjaya mendaratkan seekor ikan kod berskala hampir 2 kilogram. Perasaan gembira tersebut diselangi dengan semangat yang berkobar-kobar untuk menambahkan lagi koleksi tangkapan.
Namun harapan tersebut berkubur apabila pengawal pantai menghampiri bot kami dengan mesej kami perlu pulang ke jeti berikutan cuaca bertambah buruk.
Perasaan tidak puas hati sentiasa bermain di dalam fikiran, dan kami bertekad untuk kembali ke gelanggang ini pada masa dan cuaca yang lebih baik.