Followers

welcome

Selamat datang ke dunia kaki pancing..

Wednesday, September 25, 2013

AKU TIDAK MAHU KUMPAU LAGI...

Kenalpasti spesis sebelum
menentukan apakah peralatan
yang perlu dibawa.
Saya selalu memancing tapi mangkor atau kumpau.. camana nak pastikan sesuatu trip memancing berjaya?

Antara soalan paling popular diajukan kepada saya,  berikut saya kongsikan beberapa tip penting sebelum keluar memancing. 

1. Kenali siapa tekong anda.. pastikan anda tahu siapakah tekong sebaiknya kita hubungi dia, tanya teknik, perambut, saiz batu, jenis mata, tali yang sesuai sebelum tiba trip memancing.. 'kemesraan' ini banyak membantu bila kita berada di atas bot nanti.. Jika tidak ada tekong, pastikan anda berkomunikasi dengan pemancing yang kerap memancing di lubuk yang sama. 


Pemilihan umpan penting
2. Adakan homeworks berkaitan keadaan air sebelum turun memancing di satu2 lubuk. Ketahui bila air mati, bila air pasang, pasang surut air, faktor hujan, pendek kata semua yang berkaitan dengan air. 

3. Kenalpasti apakah spesis yang hendak diburu. Dari spesis anda akan dapat menentukan apakah peralatan yang sesuai sebelum turun ke satu2 lubuk pacing. Jika rajin buka internet, cari info berkaitan sifat dan sikap ikan tersebut. 


4. Apakah Umpan sesuai untuk target spesis kita. Sekali lagi menuntut anda merujuk kepada mereka yang biasa dengan padang pancing tersebut. Jangan malu bertanya.
fahami keadaan pasang surut air

5. Hanya bawa peralatan yang sesuai sahaja, jangan amalkan bawa semua peralatan bila turun ke satu2 lubuk.

6. Last sekali, sembahyang dan doa pada Allah SWT yang hari ni aku keluar rumah untuk mencari rezeki untuk keluarga, InsyaAllah.. inilah petua saya dan Alhamdulillah saya jarang Mangkor.

Selamat berjaya..

Trip Casting Sebarau

Trip Casting Sebarau
Sebarau bujang je, tapi layan gila he he.. Inilah kali pertama aku casting sebarau di Tasik Kenyir, sebelum tu main bottom je..

Trip Casting Toman

Trip Casting Toman
toman bujang yang ganas.. teringat masa mula2 memancing di Tasik Banding ni, masa tu guna anak ikan keli je, campak kat kumpulan anak-anak toman yang main di atas air.. lepas tu tunggulah mak bapak dia baham gewang.. tapi teknik casting lebih mencabar sebab masa toman rembat gewang kita, kita sedang pegang set.. kalau bottom, kengkadang kita tinggal je set kita kat tepi bot sambil borak dengan kengkawan, toman rembat pun tak sedar so feel dia kureng sikit..

Trip Jigging GT

Trip Jigging GT
tak ingat berapa berat dia.. orang kata kalau trip tu menjadi, nak timbang ikan pun tak sempat he he.. Tapi memang betul trip ni aku landing banyak GT dan talang.. saiz mencecah belasan kilo.. Jigging satu teknik yang menarik jika anda tau lubuk, pasti trip jigging anda akan menjadi sejarah peribadi yang tak mungkin anda lupakan.