Followers

welcome

Selamat datang ke dunia kaki pancing..

Sunday, March 16, 2014

Quantum Field Test

Syafizan, Anhar dan Nasir bergambar kenangan di hadapan bangunan Zebco Europe


Guntern Morgen.. atau selamat pagi, sapaan Cristian Nawrat Pengurus Pemasaran Zepco Europe kepada rombongan kami sebaik keluar dari ruang bagasi Lapangan Terbang Hamburg, Germany

Sesi perbincangan yang padat
selama 3 hari
Deretan peralatan pancing terbaru
keluaran Zebco Europe
Sepanjang 3 hari aktiviti padat dengan melihat pelbagai produk terbaru Zepco Europe antaranya Quantum, Black Cat, Browning dan Fin Nor. 
Hari keempat, kenderaan kami meluncur laju melepasi 160km/j dari Tostedt, Hamburg ke sebuah bandar di bahagian utara Germany. Neustadt adalah sebuah pelabuhan yang terletak berhampiran sempadan antara Germany dan negara tetangganya Sweden. Di sinilah penggembaraan kami bermula ia sebahagian daripada perancangan kami dalam menguji keberkesanan peralatan pancing pelbagai jenama keluaran Zepco Europe. 

Antara peralatan pancing
yang bakal diuji

Pelabuhan Neustadt adalah lapang sasar kami selepas 3 hari 'muntah' mengadap pelbagai barangan dan kelengkapan pancing di gudang yang terletak di Tostedt, Hamburg. Bersama kami adalah Jocke Palmer, pemancing professional dari Sweden. Beliau juga adalah juara pertandingan memancing Sweden Pole Fishing Tournament selama 4 tahun berturut-turut. 

Taklimat keselamatan sebelum berlepas
Kejayaan itulah yang telah melayakkan beliau mewakili Sweden ke Europe Pole Fishing Challenge juga untuk tempoh yang sama. Selain Jocke kami turut disertai Cristian Nawrath dan Patrick pemancing professional dari Germany.  

Sebaik melangkah ke jeti, mata kami tertumpu kepada deretan bot pancing berserta enjit sangkut 6.5 kuasa kuda. Ianya kemas dan bersih. Satu permulaan yang positif sebelum memulakan satu-satu trip pancing terutamanya pemancing seperti kami yang jarang mendapat perkhidmatan first class bila memancing di tanahair. Bukan mahu membuka pekung di dada tapi inilah realitinya apabila industri memancing diangkat pada tahap yang sepatutnya dan paling penting ianya diiktiraf sebagai satu industri yang memberi pulangan lumayan kepada negara. Kemudahan yang diperolehi peminat sukan bermotor dan sebagainya turut dirasai pemancing-pemancing di sini, kemudahan jeti, bot yang sempurna, tahap keselamatan diutamakan, sistem komunikasi pada setiap bot pancing juga memperlihatkan kepada kami bagaimana industri memancing di Germany mendapat sokongan baik dari pihak berwajib.

Antara kemudahan yang disediakan
Setiap penyewa bot pancing akan diberi taklimat ringkas tentang fungsi enjin dan langkah keselamatan jika berlaku kebakaran ketika memancing. Peta dan lokasi pancing serta lubuk-lubuk ikan turut disertakan sekali pada setiap bot pancing. Ia adalah sebagian keperluan wajib yang perlu diadakan pengusaha-pengusaha bot pancing komersial. 
Sebarang kegagalan dalam mematuhi keselamatan, pengusaha boleh didenda malah lebih teruk lesen dan kemudahan bot mereka boleh dirampas oleh pihak berkuasa tempatan.

Pemilihan lokasi dan spesis
memudahkan pemancing
 
Kami tinggalkan soal kemudahan, sebaliknya menumpukan haluan bot membelah muara menuju laut lepas lautan Baltic. 

Di kiri kanan pelabuhan terdapat pemancing tempatan mula memenuhi tebing menghunuskan joran menggunakan umpan soft plastic. Sebenarnya ini bukanlah musim yang sesuai untuk memancing namun, ketika kehadiran kami awan yang mendung sejak 3 minggu sebelumnya mula memberi ruang kepada cahaya matahari menerobos celahan gumpalan awan dan membentuk satu garisan cahaya yang mengasyikkan. 


Kemudahan bot yang agak luas
memudahkan pemancing
Bagi mereka inilah masa yang sesuai untuk memancing sambil bertemu dengan jiran tetangga selepas masing-masing terperap panjang di rumah. Kami dimaklumkan jurupandu bot tentang musim ikan kod bakal tiba dan mula memasuki muara antara sebab mengapa mereka teruja keluar memancing. 
Jocke Palmer

Ikan kod adalah spesis bernilai tinggi malah isinya mengandungi tahap lemak yang sesuai bagi mereka mengharungi musim sejuk berpanjangan.   

Sepanjang menyusuri pesisir pantai kami menggunakan teknik menunda dengan kedalaman gewang mencecah 4 meter. Sesekali teknik menunda kami selangi dengan teknik mengunjun dan mengilat menggunakan soft plastic beberapa pagutan manja kami terima namun ia tidak berakhir dengan aksi pertarungan. 


Ketika meneruskan tundaan di laluan kapal tangki, Shafizan yang menaiki bot berasingan menjerit gembira apabila gewangnya dirembat penghuni dasar. 

Kami tumpang gembira apabila beliau berjaya mendaratkan seekor ikan kod berskala hampir 2 kilogram. Perasaan gembira tersebut diselangi dengan semangat yang berkobar-kobar untuk menambahkan lagi koleksi tangkapan. 


Namun harapan tersebut berkubur apabila pengawal pantai menghampiri bot kami dengan mesej kami perlu pulang ke jeti berikutan cuaca bertambah buruk. 



Memang sepanjang tundaan gewang, kami mengigil kesejukan berikutan cuaca mencecah negatif 5'C.

Hanya 2 ekor ikan kod yang berjaya kami daratkan sepanjang 45 minit memancing, ia tempoh memancing yang sangat tidak adil bagi kami. 

Perasaan tidak puas hati sentiasa bermain di dalam fikiran, dan kami bertekad untuk kembali ke gelanggang ini pada masa dan cuaca yang lebih baik.

2 comments:

  1. Bang. Siaran dekat tv3 dh xda ke ?

    ReplyDelete
  2. Сексуальные=> элитные индивидуалки PrivatNNover Memang sepanjang tundaan gewang, kami mengigil kesejukan berikutan cuaca mencecah negatif 5'C.
    Индивидуалки массажистки. Сексапильная и обворожительная барышня скучает без мужского внимания... Уважение других дает повод к уважению самого себя.

    ReplyDelete

Trip Casting Sebarau

Trip Casting Sebarau
Sebarau bujang je, tapi layan gila he he.. Inilah kali pertama aku casting sebarau di Tasik Kenyir, sebelum tu main bottom je..

Trip Casting Toman

Trip Casting Toman
toman bujang yang ganas.. teringat masa mula2 memancing di Tasik Banding ni, masa tu guna anak ikan keli je, campak kat kumpulan anak-anak toman yang main di atas air.. lepas tu tunggulah mak bapak dia baham gewang.. tapi teknik casting lebih mencabar sebab masa toman rembat gewang kita, kita sedang pegang set.. kalau bottom, kengkadang kita tinggal je set kita kat tepi bot sambil borak dengan kengkawan, toman rembat pun tak sedar so feel dia kureng sikit..

Trip Jigging GT

Trip Jigging GT
tak ingat berapa berat dia.. orang kata kalau trip tu menjadi, nak timbang ikan pun tak sempat he he.. Tapi memang betul trip ni aku landing banyak GT dan talang.. saiz mencecah belasan kilo.. Jigging satu teknik yang menarik jika anda tau lubuk, pasti trip jigging anda akan menjadi sejarah peribadi yang tak mungkin anda lupakan.