Dah lebih 5 tahun aku tak memancing ikan layaran di perairan Rompin. Kali pertama sekitar tahun 2003 lebih kerap sekitar tahun 2005. Trip kali ini adalah yang pertama selepas tahun 2005 hari tu. Trip 2003 aku hanya landing 3 ekor je.. selepas banyak kejadian rabut, semuanya CnR.
Tahun 2005, aku menyertai kawan2 yang agak pro, dorang ni bukan je mengamalkan CnR malah dorang buat tagging, ambil semua maklumat pasal ikan.. berat dia, panjang, ukur lilit dan sedikit spesimen diambil untuk
tujuan DNA. Maklumat pemancing, lokasi, umpan dan peralatan pancing turut diambil dan semua maklumat ini dihantar ke US untuk diproses IGFA. Selang beberapa minggu lepas tu aku dapat satu sijil dari IGFA, dorang ucap tahniah sebab amalkan CnR dan menyumbang dalam proses mengkaji spesis ikan layaran. Malangnya tah mana2 aku letak sijil penghargaan tu, aku pun tak tahu.
Trip Mei lalu sebenarnya sempena Royal Pahang Billfish International Challengge 2010. Pergi atas tiket media ni, maknanya kena buat kerja. Visual ni akan digunakan sebagai arkib Jelajah Joran untuk di siarkan pada musim yang akan datang memandangkan musim pertama Jelajah Joran telahpun melabuhkan tirai bulan puasa hari tu.
fuyooo, hebat ni tn..teruja tuk joran ikan layaran...harap dpt join utk joran layaran masa kan dtg..;)
ReplyDelete