Kenalpasti spesis sebelum menentukan apakah peralatan yang perlu dibawa. |
Antara soalan paling popular diajukan kepada saya, berikut saya kongsikan beberapa tip penting sebelum keluar memancing.
1. Kenali siapa tekong anda.. pastikan anda tahu siapakah tekong sebaiknya kita hubungi dia, tanya teknik, perambut, saiz batu, jenis mata, tali yang sesuai sebelum tiba trip memancing.. 'kemesraan' ini banyak membantu bila kita berada di atas bot nanti.. Jika tidak ada tekong, pastikan anda berkomunikasi dengan pemancing yang kerap memancing di lubuk yang sama.
Pemilihan umpan penting |
3. Kenalpasti apakah spesis yang hendak diburu. Dari spesis anda akan dapat menentukan apakah peralatan yang sesuai sebelum turun ke satu2 lubuk pacing. Jika rajin buka internet, cari info berkaitan sifat dan sikap ikan tersebut.
4. Apakah Umpan sesuai untuk target spesis kita. Sekali lagi menuntut anda merujuk kepada mereka yang biasa dengan padang pancing tersebut. Jangan malu bertanya.
fahami keadaan pasang surut air |
5. Hanya bawa peralatan yang sesuai sahaja, jangan amalkan bawa semua peralatan bila turun ke satu2 lubuk.
6. Last sekali, sembahyang dan doa pada Allah SWT yang hari ni aku keluar rumah untuk mencari rezeki untuk keluarga, InsyaAllah.. inilah petua saya dan Alhamdulillah saya jarang Mangkor.
Selamat berjaya..
No comments:
Post a Comment